Saturday, September 13, 2008

JOM E-SHOPPING SAKAN KINI DIBUKA

Kini anda boleh membeli - belah, mempromosikan produk, mengiklankan produk, meluaskan pasaran jualan produk dan macam - macam lagi hanya dengan satu klik sahaja.

Semua ini hanya boleh diperolehi di E-Shopping Sakan kami disini. Jangan tunggu lagi ayuh kita Shopping Sakan ..... yaaahhhoooooo ...!!!

Friday, September 12, 2008

BARISAN PELATIH Cj FC

CHERAS JAYA FOOTBALL CLUB (Cj FC)

Pengenalan

Kelab Bolasepak Cheras Jaya (Cj FC) mula ditubuhkan pada Januari 2008 oleh En. Faizul Ali Anui . Cj FC beroperasi sepenuhnya di Taman Cheras Jaya, Balakong Selangor dengan kapasiti penduduk seramai 10,000 orang . Taman Cheras Jaya mula dibuka pada awal 1990 dan kini bilangan penduduk mula bertambah serta kemudahan frasarana mula ditingkatkan . Kini Taman Cheras Jaya mempunyai Sek. Men. Keb. Cheras Jaya dan Sek. Ren. Keb. Cheras Jaya yang menempatkan seramai 4,000 orang pelajar .

Atas dasar minat, pengalaman dan komitmen yang tinggi dalam sukan bolasepak negara En. Faizul Ali Anui menubuhkan Cj FC yang menelan belanja hampir RM5,000.00 sebagai persediaan pelatih menjalani latihan antaranya bola, tiang gol, baju latihan, jersi pasukan, peralatan latihan dan lain - lain lagi . Wang bukan segala - galanya bagi peneraju kelab tetapi kepuasan dalam mendidik pelatih menjadi seorang pemain profesional pada masa akan datang .


Pencapaian

Antara pencapaian yang diperolehi kelab adalah pemilihan seorang pelatih diserap mwakili pasukan Negeri Selangor Bawah 15 tahun dan kini sedang menjalani latihan di Sek. Men. Tinggi Kajang, Selangor .

Jumlah Pelatih

Cj FC kini mempunyai seramai 35 orang pelatih dari kalangan umur 7 - 17 tahun . Kelab juga kini sedang giat menjalani latihan bagi menyertai kejohanan liga remaja akan datang bagi sesi 2009 . Pelbagai latihan dan perlawanan persahabatan diatur bagi memantapkan lagi pasukan sebagai persiapan awal menjelang liga 2009 .

SLIDE FOTO PELATIH