Tuesday, November 18, 2008

LATIHAN FUTSAL

CHERAS JAYA - Beberapa orang pelatih telah dikenal pasti untuk diserapkan ke pasukan futsal CjFC sebagai persiapan untuk menyertai mane2 kejohanan dan liga tempatan yang akan dianjurkan pada bulan Disember ini. Anatara muka - muka lama yang tersenarai adalah seperti Mohd Faiz, Syamim, Thanabalan, Siva, Kohvalan dan Vasanathan. Ramai lagi pelatih yang berpotensi akan diserap dari masa ke semasa berpandukan kepada komitmen pelatih semasa mengikuti latihan akademi.

Beberapa pemain lama telah digugurkan dari pasukan antaranya Kumaresan (kecederaan lutut), Mohd. Nizam (kurang cergas), Keshen (kurang cergas) dan Azraie (SPM). Satu perubahan besar akan dilakukan terhadap pasukan futsal ini memandangkan tiada senarai penjaga gol didalam pasukan futsal kini. Melalui pemerhatian ketua jurulatih pasukan CjFC beberapa pelatih akan diajar cara - cara menjadi penjaga gawang pasukan. Persiapan pasukan kini diperingkat awalan dimana pelatih hanya diberikan latihan ringan bagi mengelakkan kecederaan pelatih berulang.

LATIHAN KINI BERMULA

CHERAS JAYA - Akademi CjFC Kids telah pun membuka tirainya pada 15 Nov yang lalu yang terdiri daripada 35 orang pelatih menyambung kembali pengajian mereka khususnya dalam sukan bolasepak dan futsal. Waktu latihan bermula pada pukul 5:00 petang setiap sabtu dan ahad. Namun begitu sempena dengan cuti sekolah ini latihan diteruskan pada setiap hari bagi menggalakkan lebih ramai lagi pelatih ayng akan turut serta.

Pelatih akan didedahkan dengan perlawanan persahabatan pada setiap minggu bagi memantapkan lagi kemahiran dan tektikal dalam perlawanan. Antara latihan asas yang diajar adalah teknik tandukan, menahan bola dengan dada, menahan bola dengan peha, membuat hantaran jauh, membuat hantaran pendek dan sedikit latihan kecergasan. Latihan ini akan berterusan selama 2 minggu dan akan disusuli dengan perlawanan persahabatan. Hasil dari perlawanan itu, pelbagai aspek latihan tambahan akan diadakan untuk memantapkan lagi fizikal pelatih.