Saturday, December 13, 2008

KEJOHANAN FUTSAL PIALA ZETCOM 13 DIS 2008



OLAK LEMPIT : Akademi Cheras Jaya FC Kids gagal dalam misi menempatkan diri dikalangan pasukan yang terbaik dalam Kejohanan Futsal Piala Zetcom Edisi Ke-7 hari ini. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dimasa akan datang. CjFC tewas pada perlawanan pertama menentang Ameera FC dengan jaringan gol 1 - 0. Perlawanan kedua - dua pasukan seimbang pada separuh masa pertama dan kedua, namun kegagalan pemain memberi fokus pada perlawanan memberi ruang kepada pasukan lawan menjaringkan gol. Pada aksi perlawanan kedua menentang Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL A) pemain memberi tentangan sengit sehingga wisel penamat. Hasilnya CjFC berjaya mengikat MDKL A dengan jaringan 1 - 1 setelah beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh Pengurus merangkap Ketua Jurulatih pasukan En. Faizul Ali Anui. Berbekalkan 1 mata dari dua perlawanan masih tidak cukup untuk CjFC mara kepusingan kalah mati apabila pertemuan diantara Ameera FC dan MDKL A berakhir dengan keputusan seri 2 - 2 sehingga wisel penamat. "Saya akan memberikan latihan yang lebih serius lagi selepas ini bagi memastikan para pemain dapat bersedia lebih awal dan lebih yakin ketika menghadapi lawan. Banyak lagi aspek yang perlu diperbaiki khususnya dari bahagian pertahanan dan serangan, banyak peluang didepan gol gagal disudahkan oleh penyerang kami begitu juga dibahagian pertahanan masih lagi longgar" kata pengurus merangkap ketua jurulatih CjFC hari ini.

No comments: